Wednesday, April 13, 2011

surat cinta untuk awak.



kehadapan abang invigilator yang saya rasa lagi muda dari saya,
awak ni nampak baik.

saya ingat lagi kali kenapa saya boleh ingat awak.
masa tu saya tengah usha orang lain, tapi awak yang perasan.
saya tahu la. ye, saya tahu awak perasan.

sebab lepas2 tu, from different corners, awak pandang saya.
saya tahu. ye, saya tahu.

saya tahu lahhhhh.

soalannya sekarang,

masa exam Discourse Analysis tadi,
kenapa awak kutip paper saya sedangkan saya tengah tulis ayat terakhir?
ayat terakhir tau awak, terakhir.

ye saya tahu, masa dah habis.

tapi masa tu baru beberapa saat lepas lecturer tu suruh berhenti.
saya nak tulis 4 perkataan je lagi.
4 perkataan je, awak.
kesemuanya 6 suku kata je. 6 je awak.
tak boleh ke tunggu sekejap?
sekejap je.

tu kali pertama saya terlebih masa.
kali pertama tau, awak. isk.

*nangis*

dah la. saya harap saya tak jumpa awak esok.

saya dah mengadu kat ayah saya tadi.
tapi dia tak marah awak la.
instead, dia gelak. (??)






No comments: